Home


 
I Love Penang Run - Seberang Perai 我爱槟城跑威省站
16,023 akan sertai Larian Ria Saya ❤ Pulau Pinang di Butterworth 9 April - Buletinmutiara , 06-04-2017
16,023 akan sertai Larian Ria Saya  Pulau Pinang di Butterworth 9 April
Oleh: ZAINULFAQAR FAQAR Buletinmutiara
Gambar : DARWINA MOHD. DAUD
SEBERANG JAYA - Setiausaha Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) Ir. Rozali Mohamud memberitahu siri kedua larian ria, Saya  Pulau Pinang yang akan dilangsungkan di Butterworth pada 9 April ini sudah menerima penyertaan seramai 16,023 peserta.
Menurut beliau, seramai 205 krew daripada kalangan penguatkuasaan pihak berkuasa tempatan (PBT), polis trafik, anggota penyelamat kesihatan beruniform, skuad pengayuh sukarela dan marshal akan bertugas pada hari tersebut, demi memastikan acara tersebut berjalan lancar seperti siri pertama di George Town pada 12 Mac lalu.
"(16,023 penyertaan) ini lebih daripada versi (larian ria) George Town yang mencatatkan lebih 10,000 sebelum ini.
"Ketua Menteri, Y.A.B. Ketua Menteri dijangka tiba pada 7.10 pagi, dan akan berucap pada 7.15 pagi, sebelum menyempurnakan acara pelepasan secara berperingkat bermula pada 7.30 pagi," jelasnya pada sidang media di Kompleks Ibu Pejabat MPSP dekat Bandar Perda di sini pagi tadi.
Rozali memberitahu, perkhidmatan bas pengangkut ulang-alik akan disediakan seawal jam 6 pagi dari Terminal Bas Butterworth dan hentian bas berhadapan pasar raya Billion Bandar Sunway ke lokasi permulaan larian ria di perkarangan Dewan Dato’ Haji Ahmad Badawi.
Menurut Rozali, larian ria sejauh 6 kilometer (km) bermula dari Lorong Bagan Luar 1 akan melalui Jalan Bagan Luar, Jalan New Ferry, Jalan Sungai Nyoir, Jalan Sungai Siram, Jalan Telaga Air, Jalan Bagan Luar, Jalan Geng Choon Thiam dan berakhir di Jalan Dato’ Haji Ahmad Badwi.
"Jalan akan ditutup bermula 7 pagi secara berperingkat.
"Kenderaan dari Penang Sentral atau jalan-jalan yang lain akan dilencongkan ikut Jalan Bagan Dalam, Jalan Assumption," jelasnya.
Selain itu, Rozali menyatakan bahawa semua peserta boleh mengambil baju t dan ’wristband’ di St. Jo’s, Aras 1, Gurney Paragon Mall pada 7 April ini mulai jam 3 petang hingga 9 malam.
Pada 8 Februari, tambah Rozali, kaunter pengambilan baju t dan ’wristband’ turut dibuka mulai jam 12 tengah hari hingga 5 petang di Lobi Bangunan Kompleks MPSP di sini.
Pertanyaan lanjut, hubungi Cik Normaira Abdul Rahman (Sekretariat MPSP) atas talian 045497807 / 045497703 atau Actife Style selalu pengelola acara menerusi emel anddrew@actifestyle.com.





More Latest Updates Related To This Event :
1 09-04-2017, 16:47:04 I Love Penang run with almost 16,000 participants enters Malaysia Book of Records
2 06-04-2017, 16:35:08 Road Closure
3 04-04-2017, 18:59:55 Shuttle Bus from Billion Hypermarket Bandar Sunday or Butterworth Jetty Bus Terminal
4 04-04-2017, 09:47:55 T-Shirts Collection on this Saturday changed to MPSP HQ, Jalan Perda Utama, Bandar Perda
5 31-03-2017, 23:46:12 Registration Closed!
6 30-03-2017, 01:57:29 CM also say
7 28-03-2017, 19:21:59 Free Shuttle Bus from Butterworth Jetty Bus Terminal to Dewan Dato Haji Ahmad Badawi
8 23-03-2017, 19:14:17 Collection of T-Shirt & Wristband
9 21-03-2017, 17:35:35 I heard I Love Penang Run - Seberang Perai reached 9,999 registered!
10 18-03-2017, 23:14:08 Butterworth Art Walk - The Straits Settlements
11 18-03-2017, 23:05:25 Personally love these drawings, classic!
12 18-03-2017, 23:04:04 Dewan Dato Haji Ahmad Badawi
13 18-03-2017, 22:56:56 Ayaq tebu satu! (1 sugar cane drink) Lua Kupang! (20 cents)
14 18-03-2017, 22:53:45 Join the run and visit Butterworth Art Walk
15 14-03-2017, 08:36:17 Were you here last Sunday?
16 08-03-2017, 16:49:12 Over 10,000 to run in show of love for Penang BY OPALYN MOK - See more at: http://www.themalaymailonline.com/malaysia/article/over-10000-to-run-in-show-of-love-for-penang#sthash.L3WK7hQR.dpuf
     

Actife Style © 2017. All Rights Reserved