Home


 
 Go Green Run sempena HARA
Rai Hari Anti Rasuah Antarabangsa, sertai Go Green Run 9 Dis , 26-11-2018

Rai Hari Anti Rasuah Antarabangsa, sertai Go Green Run 9 Dis.

AR. Yew Tung Seang (kiri sekali) memegang contoh kemeja-t larian bersama Ir. Addnan Mohd. Razali (kiri sekali) dan Wan Ramli Wan Abdullah ketika mempromosikan Go Green Run & HARA sejurus sidang media hari ini.

GEORGE TOWN – Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) dan Suruhanjaya Anti Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang mengadakan Go Green Run pada 9 Disember ini, sempena Hari Anti Rasuah Antarabangsa (HARA).

Menurut Datuk Bandar bagi MBPP, Dato’ Ar. Yew Tung Seang, berhasrat menjadikan Pulau Pinang bukan sahaja sebuah negeri bersih dan hijau, dalam erti kata lain, juga bersih dari segi rasuah.

Tahun lepas kita adakan acara yang sama dan berjaya menarik penyertaan seramai 1,500 orang kali ini kita harap dapat tarik lebih ramai dari 1,500 pelari, jadi kami mengalu-alukan pendaftaran dilakukan secara dalam talian (www.actifestyle.com).

Semua peserta yang mengambil bahagian akan dapat sehelai t-shirt dan sesiapa yang menghabiskan larian sejauh 5 kilometer (km) ini juga akan dapat satu pokok orange jasmine.

Ini juga selaras dengan usaha majlis tiga dalam satu yang mana kita telah komited untuk lima tahun yang akan datang untuk menanam 33,333 batang pokok lagi di pulau,” ujar Tung Seang, ketika berucap di majlis pelancaran acara larian tersebut di perkarangan Penang Plaza hari ini.

Hadir sama, Setiauasaha Bandaraya bagi MBPP, Ir. Addnan Mohd. Razali; Ahli-ahli Majlis bagi MBPP dan Pengarah SPRM Pulau Pinang, Datuk Wan Ramli Wan Abdullah.

Wan Ramli ketika berucap memberitahu, sejarah HARA diilhamkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada tahun 2003 dalam menyemai kesedaran rasuah di peringkat masyarakat antarabangsa.

Oleh: WATAWA NATAF ZULKIFLI

Gambar: DARWINA MOHD. DAUD

 
More Latest Updates Related To This Event :
1 04-12-2018, 21:30:58 T-Shirts Collection Information
2 03-12-2018, 00:30:25 Go Green Run sempena HARA Parking Zone
3 22-11-2018, 00:34:08 Bring Your Own Cup
4 15-11-2018, 17:51:54 Officially launching the Go Green Run sempena HARA 2018
5 15-11-2018, 12:14:11 Go Green Run 2018
6 12-11-2018, 15:00:00 Murraya Paniculata - Orange Jessamine 九里香
7 09-11-2018, 17:53:13 Sample Event T-Shirts
     

Actife Style © 2019. All Rights Reserved