Home


 
 Forward Oat King Sports Run 前進浩洋跑
Harian Metro : Sambutan meriah , 09-08-2014

Sambutan meriah

Oleh Rudy Syareme Sheriffudin

Georgetown: Seramai 2,500 peserta dari dalam dan luar negara menyertai Larian Forwards Oat King Sports 2014 di Dewan Perniagaan Cina Pulau Pinang, Jalan Masjid Kapitan Keling, baru-baru ini.

Kejohanan itu dianjur bersama TG Ocean Health Food Industries Sdn Bhd, Kelab Sukan Forwards, Dewan Perniagaan Cina Pulau Pinang (PCTH) dan Persatuan Atlet Amatur Pulau Pinang (PAAA) sambil disokong Kerajaan Negeri Pulau Pinang serta Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP).

Larian sejauh 21 kilometer (km) di pusat bandar raya bermula jam 5.30 pagi dengan pelepasan peserta disempurnakan Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pengurusan Lalu Lintas dan Tebatan Banjir negeri Chow Kon Yeow.

Pengerusi penganjur Lim Choo Hooi berkata, cuaca baik membolehkan program larian julung kali itu berjalan lancar apabila semua peserta berjaya menamatkan larian.

“Ini kali pertama acara ini diadakan dan sambutan menggalakkan,” katanya.

Peserta dibahagi kepada beberapa kategori, terbuka lelaki dan wanita, veteran lelaki dan wanita serta remaja lelaki dan wanita.

 

“Selain wang tunai, pemenang setiap kategori turut menerima pingat serta hadiah iringan lain,” katanya.

Sumbangan kepada badan kebajikan turut disampaikan, RM20,000 kepada Persatuan Thalassemia Pulau Pinang, Happy Retired Home (RM3,000), House of Hope (RM4,000), Eden Handicap Service Centre (RM5,000), St Joseph’s Home (RM5,000) dan The Salvation Army Children Home (RM5,000).

 

Artikel ini disiarkan pada : 2014/08/09
More Latest Updates Related To This Event :
1 28-08-2014, 09:46:30 檳地貧症協會參與浩洋跑 籌獲七萬五活動經費
2 05-08-2014, 09:54:26 星洲网 - 籌獲可觀款項助慈善‧逾2500人浩洋跑
3 04-08-2014, 09:51:28 2500人摸黑浩洋跑 54地中海貧血患者痛快揮汗
4 31-07-2014, 17:44:04 報名人數已達2500人‧“浩洋跑”803引爆
5 24-07-2014, 18:30:42 浩洋跑2500名額爆滿 網站選為檳十大活動
6 15-07-2014, 18:36:00 Penang's 10 Unmissable Festivals and Events this Summer
7 04-07-2014, 00:10:25 Forward Oat King Sports Run 2014 Medal 浩洋跑歡樂跑獎牌
8 25-06-2014, 09:24:52 展現能力傳達正能量 54地貧患者8月3浩洋跑
9 23-06-2014, 00:03:16 RunSociety : Forward Oat King Sports Run 2014: The Most Prestigious Running Race
10 19-06-2014, 11:01:59 8月3浩洋跑反應升溫 名額2500 報名趁早
11 16-05-2014, 12:31:49 Grand Prize Sponsored by Takasima Health-Mart Sdn Bhd
12 15-05-2014, 14:18:41 7UP Revive Isotonic Official Isotonic Drinks Sposnor
13 12-05-2014, 15:08:43 Running Malaysia Magazine to feature Forward Oat King Sports Run
14 01-05-2014, 17:09:11 Lucky Draw Prize Sponsored By - Fig Tree Hill Resort Sdn Bhd
15 01-05-2014, 10:02:29 Lucky Draw Grand Prize - Penang Forward Sports Club Advisor Mr. Tom Khoo
     

Actife Style © 2019. All Rights Reserved