Georgetown: Hujan renyai tidak menghalang kira-kira 1,000 penduduk negeri ini membanjiri pekarangan Padang Kota Lama di sini, malam kelmarin bagi memeriahkan Malam Sambutan Tanjung Penaga sempena Majlis Pengisytiharan Bandaraya Pulau Pinang.
Sambutan yang bermula jam 8.30 malam diserikan dengan persembahan kebudayaan yang mendendangkan lagu rakyat termasuk tarian tradisional masyarakat pelbagai kaum di Malaysia.
Majlis berkenaan diteruskan dengan persembahan nyanyian oleh anak jati Pulau Pinang seperti Datuk David Arumugamsebelum persembahan bunga api diiringi muzik selama 10 minit.
Turut hadir, Yang Dipertua negeri Pulau Pinang Tun Abdul Rahman Abbas dan isteri Toh Puan Majimor Shariff, Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng, Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Farizan Darus serta Datuk Bandar Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) Datuk Patahiyah Ismail.
Percikan bunga api mewarnai langit Georgetown pada Malam Sambutan Tanjung Penaga, malam kelmarin.