Home


 
 City Fun Run (Larian Majlis Bandaraya Pulau Pinang 2015)
Perutusan Datuk Bandar/Message From The Mayor , 31-03-2015



Yang Berusaha
Setiausaha Bandaraya
Majlis Bandaraya Pulau Pinang,

Ahli-ahli majlis
Majlis Bandaraya Pulau Pinang,

Ketua-ketua Jabatan,

Assalamualaikum warahmatulahi wabarakatuh, salam sejahtera dan selamat petang.

Terlebih dahulu saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah dan syabas kepada Tuan Setiausaha, Ahli-ahli majlis dan Ketua-ketua Jabatan di atas pengisytiharan Majlis Perbandaran Pulau Pinang kepada Majlis Bandaraya Pulau Pinang.

Hari ini juga merupakan hari yang cukup bersejarah iaitu saya dilantik sebagai Datuk Bandar dan memberi amanat yang pertama setelah saya dilantik dan Majlis diisytiharkan sebagai Majlis Bandaraya Pulau Pinang. Pengiktirafan yang telah lama dinanti-nantikan oleh semua Ahli majlis dan Ketua Jabatan ini telahpun menjadi kenyataan dan ini bermakna kita akan berhadapan dengan cabaran dan ekspetasi yang lebih tinggi dan lebih hebat daripada warga Pulau Pinang.

Ahli-ahli majlis dan Ketua-ketua Jabatan, Hakikat yang harus diterima sekarang ialah kita berada di era status bandaraya dan ini membuka lembaran baru dan cabaran yang lebih besar dengan tanggungjawab yang lebih mencabar sebagai sebuah pihak berkuasa tempatan. Kita perlu sedia berkhidmat dengan misi dan visi yang unggul dalam penyampaian perkhidmatan yang berupaya mewujudkan bandaraya yang sejahtera. Dengan fenomena ini, Majlis Bandaraya Pulau Pinang akan berhadapan dengan pelbagai cabaran untuk memenuhi harapan pembayar cukai terutamanya dari segi penyediaan kemudahan infrastruktur, menyelaras pembangunan yang mampan, membangunkan imej persekitaran beridentiti, berkualiti serta meningkatkan ekonomi yang dinamik dan berdaya saing sejajar dengan status Bandaraya.

Kita tidak dapat menafikan bahawa pencapaian ini adalah hasil dan komitmen tinggi yang telah ditonjolkan oleh kakitangan Majlis Bandaraya Pulau Pinang sehingga dapat memartabatkan taraf Majlis Perbandaran Pulau Pinang kepada Majlis Bandaraya Pulau Pinang. Oleh itu, kita perlu terus melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan lebih berkesan dan menyalurkan perkhidmatan yang cekap dan tepat khususnya dalam meningkatkan kualiti perkhidmatan dan pengurusan yang memberi penekanan terhadap "outcome based administration".

Ahli-ahli majlis dan Ketua-ketua Jabatan,

Adalah menjadi tanggungjawab Majlis Bandaraya Pulau Pinang untuk merealisasikan hasrat Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang amat prihatin terhadap sistem penyampaian perkhidmatan terutamanya dari aspek keselamatan, kebersihan, kehijauan dan kesihatan. Sudah tiba masanya untuk kita bersama-sama mengubah atau menerima anjakan paradigma di mana peraturan atau syarat yang tidak sesuai diubah dan melibatkan rakyat dalam menguruskan pentadbiran yang berhemah tinggi, kreatif dan inovatif. Marilah kita bersama-sama mencari satu mekanisme baru supaya ia menjadi satu mercu tanda Majlis Bandaraya Pulau Pinang.

Dengan kata-kata ini saya sekali lagi mengucapkan ribuan terima kasih, tahniah dan syabas kepada semua Ahli majlis dan Ketua-ketua Jabatan di atas pencapaian kita ini, semoga apa yang direncanakan akan terus menjadi kenyataan.

Sekian, terima kasih.

More Latest Updates Related To This Event :
1 07-06-2015, 06:04:00 Beautiful Memory Captured by Running Malaysia Magazine
2 06-04-2015, 23:47:19 1,000 pengunjung meriahkan Malam Sambutan Tanjung Penaga
3 31-03-2015, 10:00:18 Majlis Pengisytiharan Majlis Bandaraya Pulau Pinang Di Seri Mutiara
4 24-03-2015, 17:59:44 George Town a city again
     

Actife Style © 2024. All Rights Reserved